Tahukah Anda Tanda-Tanda Hamil Trimester 1?!


Kita tahu kalau wanita bersuami tu selalu muntah muntah maksudnya dah berbadan dua.hehehe…hadiah gembira untuk si suami.Tapi tu je ke tanda-tanda siibu hamil?.


Image result for pregnant mom images
Foto credit: growingyourbaby.com

Sebenarnya banyak tanda-tanda seseorang ibu tu mengandung tau bukan muntah-muntah je.

Antara tanda-tanda lainnya:
-kelebihan melampau
-payudara bengkak
-sakit perut(with/without muntah)/morning sickness.
-mengidam/membenci makanan tertentu
-sembelit
-membuang air kencing lebih kerap
-sakit kepala
-pedih ulu hati
-penambahan atau berat badan
-selalu tidur lebih awal
-makan lebih kerap

haa…pada bakal suami-suami semua kalau ada tanda-tanda macam ni faham-faham lah ye.

Perubahan Bayi

Trimester pertama berada sekitar 3 bulan pertama kandungan.

4 minggu pertama
 -otak & saraf tunjang bayi membentuk
-Jantung mula membentuk
-lengan dan kaki terbentuk
-bayi difasa embrio dan lebih kurang 1/25 inci panjang
  
8 minggu pertama
-semasa organ-organ utama ndan struktur badan luar mula membentuk
-Jantung mula berdegup
-mata terbentuk
-organ-oran seks mula terbentuk
-tali pusat dapat dilihat dengan jelas
-kelihatan seperti manusia
-1 inci panjang dan mempunyai berat 1/8 auns.  

12 minggu pertama
-saraf dan otot mula bekerja 
-bayi membuat genggaman 
-organ seks luaran menunjukkan jantina bayi 
-kelopak mata menutup mata.Ianya tertutup sehingga minggu ke-28
-pertumbuhan kepala perlahan 
-bayi 3 inci panjang   

Makanan yang disarankan pada Trimester Pertama 

1.Buah-buahan

Buah-buahan membantu pertumbuhan dan perkembangan sel-sel tubuh dan otak janin.Ianya juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh siibu yang mengandung serta berupaya mengurangkan gejala morning sickness.Buah-buahan juga mampu mengelakkan sembelit contohnya,apel,strawberri,jambu,mangga,kurma,buah naga,tomato dan banyak lagi.
     



2.sayur-sayuran berwarna hijau.

Sayur sangat penting untuk pembentukan sel darah merah.Ini membantu mengelakkan anaemia.Mengurangkan muntah-muntah sebab mengandungi serat yang tinggi yang mampu melancarkan proses pencernaan.





3.Bijirin

Selalunya ibu yang hamil kerap muntah pada waktu pagi.Makanan yang berasaskan bijirin sangat sesuai dikonsume sebagai sarapan pagi.Ianya dapat mengelakkan rasa mual dan membangkitkan rasa selera makan.Bijirin mengandungi karbohidrat,vitamin B dan kalsium.
Karbohidrat memberi tenaga yang cukup besar untuk sumber tenaga siibu.




4.kacang

merupakan sumber protein dan mineral yang sangat penting untuk siibu dan kandungan.Terdapat sesetengah kacang yang mengandungi lemak.

Makanan yang dilarang ketika hamil

1.Alkohol.

-mengundang kecacatan fizikal dan mental pada bayi.Ianya berlaku kerana proses pembuangan alkohol adalah lambat

2.Rokok
Para ibu-ibu dinasihatkan agar jangan sesekali merokok kerana dikuatiri akan menyebabkan bayi lahir tidak cukup bulan dan pertumbuhannya juga terbantut.Berat badan bayi rendah dan ada sesetengah kes berlaku keguguran dan “sudden death”.

3. Minuman dan makanan berkafein
Ibu yang makan atau minum makanan atau minuman yang mengandungi kafein akan menyebabkan bayi tidak normal dan bayi kurang serat.Kafein juga boleh merosakkan kalsium tulang siibu.

4.Pil dan ubat-ubatan
Sekiranya siibu hamil mengalami masalah kesihatan seperti demam,saya nasihatkan agar rujuk doktor atau pakar farmasi terlebih dahulu sebelum konsum mana-mana jenis pil atau ubat-ubatan.Dikuatiri akan menyebabkan kesan negatif terhadap perkembangan janin.

5.Makanan yg mengandungi merkuri  
Wanita mengandung juga disarankan agar tidak sesekali mencuba makanan laut seperti shark fin,ikan tuna,mackerel,dan ikan-ikan besar .

6.Vitamin A 

“Selalunya terdapat dalam fish oil supplement”.Para ibu yang mengandung dinasihatkan agar tidak makan makanan yang berasaskan minyak tulen ikan laut.Ini kerana akan menyebabkan kecacatan pada muka,kepala,jantung dan saraf bayi.

7.Gula

 Gula akan menjadikan siibu berisiko tinggi mengalami kencing manis.Antara kesan yang selalu berlaku termasuklah saiz bayi besar dari saiz  biasa.Ini sudah tentu siibu akan merasa sangat sakit ketika melahirkan anak.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge