Tahukah anda?Sebanyak 6 orang diserang strok setiap jam diseluruh Malaysia setiap hari!!.Ada yang terselamat dari strok tapi mengalami kecacatan atau tubuh hilang keupayaan kekal malah ada yang maut!.Strok tidak mengenal usia dan boleh berlaku bila-bila masa dan di mana pun anda berada.

Foto credit: 123rf.com
Oleh sebab itu berikut adalah 6 Langkah-langkah mencegah Strok yang harus anda lakukan:
1.Hindari tabiat merokok

Foto credit: tranungkite.com

Foto credit: tranungkite.com
Asap rokok menyebabkan dinding pembuluh darah anda menjadi keras(atherosclerosis), yang menyebabkan sel darah menggumpal menyebabkan peningkatan tekanan darah dalam pembuluh darah.Memang susah nak berhenti merokok ni,semua orang tahu kalau sekali jadi ketagih dengan rokok,agak sukar untuk meninggalkan tabiat ni
.Ramai perokok yang berikhtiar macam-macam dah bertahun-tahun masih tiada hasil.Tapi, tiada yang mustahil sebenarnya,boleh cuba ikhtiar dengan VIVIX.Ramai yang telah berjaya berhenti merokok selepas amalkan VIVIX.
2.Segera kawal stres atau depresi

Foto credit: psychcentral.com
Foto credit: psychcentral.com
Stres atau depresi boleh menyebabkan gangguan pada hormon.Ketidakstabilan hormon boleh mengganggu kadar degupan jantung.Kadar degupan jantung terlalu tinggi boleh menyebabkan tekanan tinggi pada pembuluh darah.
Serangan strok boleh berlaku apabila tekanan darah yang tidak stabil pada saluran darah yang menghala ke otak.Sentiasa berfikiran positif.Buat aktiviti yang menggembirakan hati anda.Boleh cuba ambil B-Complex.Ianya membantu mengawal ketidakstabilan hormon dan kelancaran aliran darah.
3.Diet seimbang
Foto credit: rezebel.com
Amalkan diet pemakanan yang seimbang.Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayuran.Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi kolesterol dan kandungan garam yang tinggi.Lemak dalam pembuluh darah boleh menyebabkan ruang aliran darah semakin sempit.Maka,tekanan darah turut menjadi tinggi seterusnya menyebabkan strok.
Kandungan garam yang tinggi dalam darah menyebabkan gangguan penyerapan darah dalam buah pinggang.Gangguan ini seterusnya menyebabkan meningkatkan tekanan darah tinggi..
Menurut kajian,orang yang obes berisiko sangat tinggi alami darah tinggi,penyakit jantung dan diebetes yang menyebabkan strok.Jadi,pastikan berat badan anda sesuai dengan bacaan BMI tubuh anda.
5.Bersenam

Foto credit: healthambition.com
Foto credit: healthambition.com
Lakukan aktiviti senaman fizikal 20-30 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.Selain dapat menurunkan berat badan, jantung anda akan lebih sihat dan aliran darah anda lebih lancar.Jangan malas.Lakukan demi kesihatan anda.
6.Elakkan minuman beralkohol

Foto credit: pixie5.deviantart.com

Foto credit: pixie5.deviantart.com
Alkohol mengandungi toksik yang mampu menaikkan tekanan darah secara mendadak dan pada ketika anda sedang minum,anda boleh berisiko strok serta-merta!