8 Manfaat Cokelat Hitam Akan Menjadikan Kulit Anda Cerah Dan Tubuh Anda Sihat Dan Cergas

 

 Image result for coklat hitam images
Foto credit: sehatraga.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog sekalian,Semoga sihat selalu.
Admin nak share sikit je tau.Banyak lagi admin nak kena buat ni.Pastikan anda baca ni sampai habis tau dan jangan lupa share.Jangan disia-siakan hasil kerja admin.
Kalau cakap saja pasal cokelat hitam saja mesti terbayangkan kolesterol tinggi,kegemukan,diebetes dan berat badan.Bukan?
Nah….memang cokelat hitam sinonim dengan masalah kesihatan tersebut.

8 manfaat cokelat hitam termasuklah:

#1.Meningkatkan fungsi otak
Salah satunya termasuklah ianya mengandungi kafein dalam jumlah yang sedikit.
Kandungan kafein untuk 2 ons cokelat bersamaan dengan 27 gram kafein berbanding 200 gram untuk sesudu teh kopi.
Jadi,setiap kali anda makan cokelat hitam,ianya mampu mengstimulasikan otak anda tanpa anda rasa sakit kepala.
 
#2.Melindungi kulit
Kajian terbaru di Jerman mendapati flavanoid dalam cokelat hitam melindungi kulit dari sinar UV dan membantu melancarkan kelancaran peredaran darah ke kulit.
Jadi betullah kan selalu makan benda ni nanti kulit anda akan lambat alami penuaan.Awet mudalah katakan.
 
 
#3.Meningkatkan fungsi hati
 Cokelat hitam membantu merangsang pengeluaran membantu merangsang pengeluaran endorfin dalam otak yang membantu mengawal fungsi hati.
Ia juga mengandungi serotonin yang bertindak sebagai antidepresi.
Jadi,setiap kali anda rasa stress ditempat kerja,bolehlah selalu makan cokelat hitam.Insyallah,kuranglah sikit stres tu.
 
 
#4.Meningkatkan imun tubuh
setiap kali anda makan cokelat hitam,ianya dapat menghasilkan bakteria baik.
Ini mampu melawan bakteria jahat dalam usus yang menyebabkan keradangan,kembung perut,diare dan sembelit.
 
 
#5.Mengurangkan risiko penyakit jantung
 Menurut kajian,ianya mampu menurunkan kolesterol jahat(LDL) dan meningkatkan kolesterol baik(HDL).Bagi anda yang anda alami masalah jantung,bolehlah amalkannya selalu.
 
#6.Menurunkan tekanan darah 
 Kajian oleh beberapa buah Universiti di Amerika mendapati, cokelat hitam mampu melancarkan peredaran dan menurunkan tekanan darah.
Tindakbalas bioaktif dalamnya dapat membantu menurunkan tekanan darah secara drastik.
Para penghidap strok juga sangat disyorkan untuk makan benda ni.
 
#7.Kaya dengan Vitamin & Mineral
 Cokelat hitam kaya dengan kandungan mineral penting sodium,kalsium,magnesium,zat besi dan merkuri.
Mineral-mineral ini sangat penting untuk perkembangan otak dan pertumbuhan sel tubuh anda.
Ianya juga mengandungi Vitamin C yang membantu mempertingkat sistem imun tubuh dan kecantikan kulit anda.
 
 
 #8.Mencegah kanser
Dan untuk manfaat yang paling last sekali dalam list ni ialah ianya  mampu mencegah kanser.
Flavanoid yang ada didalamnya berupaya mengurangkan kerosakan DNA.Kerosakan DNA dapat mengurangkan risiko penyakit kanser.
Makan sebanyak 1.5 ons pengambilannya sehari dapat mengurangkan kerosakan DNA dalam sel anda.
 
Apa pandangan anda sekarang?
Tapi, pengambilan yang berlebihan memberi kesan buruk terhadap kesihatan anda kerana kebanyakannya yang ada di pasaran sekarang mengandungi pemanis tiruan dan gula yang berlebihan yang mengganggu kesan yang baiknya pada tubuh anda.
Jadi,berpada-padalah makan coklat hitam ni ye.7 jenis makanan ini yang membantu merawat kencing manis?
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge