Fakta tentang Fibroid yang anda harus tahu~NazieyarVitamin

 

Ramai dari kalangan wanita yang selalu mengalami rasa tidak selesa dengan keadaan tubuh badan mereka sendiri.Ada yang sakit di belakang badan mereka,ada yang sakit pada kawasan paha,pinggang,punggung dan macam-macam lagi.Mari baca entri saya kali ini 6 Fakta tentang Fibroid yang anda harus tahu.

Adakah anda juga anda mengalami keadaan yang sama?Hati-hati mungkin anda alami masalah fibroid!

Image result for fibroid images

 

Fakta tentang fibroid yang anda harus tahu.

1.Menurut kajian,20% dari jumlah wanita di Malaysia,mengalami ketumbuhan fibroid.

 
 
2.Risiko anda untuk mengalami fibroid adalah 3 kali ganda lebih tinggi jika ada ahli keluarga yang mengalami fibroid.
 
 
3.Fibroid tidak pernah dialami oleh golongan kanak-kanak yang belum mencapai puberti dan golongan yang telah mencapai tahap menopause.Ini disebabkan pengeluaran Estrogen masih belum dihasilkan pada tahap puberti dan pengeluaran berkurang pada tahap menopause.
 
 
4.Fibroid membesar sangat cepat semasa hamil.Ini kerana penghasilan hormon estrogen sangat banyak oleh uri.
 
5.80% wanita penghidap fibroid tidak mengalami sebarang tanda-tanda.
6.Fibroid boleh menyebabkan anaemia,senggugut,darah haid yang yang banyak dan pembedahan buang rahim(Histereksomi).
7.Fibroid hanya berlaku pada kaum wanita sahaja.
8.Sekarang,trend fibroid berlaku pada wanita muda semakin meningkat.
9.Ia boleh berlaku pada mana-mana wanita pada waktu reproduktif,pada waktu subur.
10.Fakta penyebab fibroid yang sebenar tidak diketahui.
11.Fibroid tidak menjejaskan kesuburan kebanyakkan pesakit wanita.Sesetengah fibroid menghalang bukaan tiub fallopio atau membuat penempelan embrio pada dinding amat sukar.Dalam sesetengah kes pembedahan perlu dilakukan untuk membuang fibroid.Pembedahan ini didapati mengekalkan tahap kesuburan wanita.
12.Terdapat beberapa kes sebelum ini,fibroid yang lebih besar menyebabkan bayi lahir pada minggu lebih awal daripada waktu yang sepatutnya,atau dipanggil kelahiran pra-matang.
 13.Fibroid yang lebih besar menyebabkan kedudukan bayi yang tidak betul.Jika fibroid menghalang laluan lahir bayi,maka pembedahan caeseran.
14.Wanita yang mengandung menghasilkan hormon yang lebih banyak,maka fibroid akan lebih membesar disebabkan kehadiran hormon ini.
Kadang-kadang,bagi setiap wanita,anda dan wanita yang lain mungkin mengalami tanda-tanda atau  gejala fibroid ini berbeza mengikut individu.Mari baca juga Tanda-tanda anda mungkin alami fibroid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge