5 Tanda-tanda anda Mungkin Menghidap PCOS~NazieyarVitamin

Anda bangun pada waktu pagi dengan perasaan sesuatu yang ‘pelik’ sedang berlaku dalam diri anda.Disebabkan anda tidak perasan dengan perubahan pelik berlaku pada diri anda,maka anda terus menjalani hidup normal seperti biasa.

Tapi bila dah sampai satu tahap yang mana anda rasa perubahan yang ‘pelik’ itu semakin jelas dan pada masa itu mungkin sudah sampai tahap kronik.kemungkinan untuk merawatnya dan sembuh tinggi tapi mungkin mengambil sedikit masa.

Awas!Adakah perubahan ‘pelik’ itu seperti berikut?

1.Mengalami gangguan menstruasi 

Image result for gangguan menstruasi imagesFoto credit: slideshare.com

  • period haid menjadi semakin panjang(lebih 35 hari)
  • kitaran haid yang tidak teratur atau tidak haid sama sekali 



2.Susah untuk hamil

Faktor Penyebab Susah Hamil

  • Kajian menunjukkan 7 daripada 10 wanita yang menderita PCOS mengalami gangguan kesuburan akibat proses ovulasi sering kali terganggu.Ini berlaku disebabkan folikel/telur tidak dapat berkembang dengan baik,seterusnya ovulasi tidak berlaku.




3.Timbul tompok kehitam-hitaman pada kulit leher,bawah lutut,sekitar lengan dan kawasan tubuh yang akibat kadar insulin yang tinggi.
Related image
Foto credit:en.wikipedia.org




4.Timbul tanda-tanda lain seperti rambut gugur,bulu tumbuh lebih lebat pada tubuh dan wajah,timbul banyak jerawat dan kulit muka lebih berminyak.Ini berlaku akibat ketidakseimbangan  pengeluaran hormon(progesteron dan estrogen) dalam tubuh.
Image result for rambut gugur images
Foto credit: sicilikgenius.blogspot.com

5.Kenaikan berat badan

Image result for berat badan naik images
Foto credit: hellosihat.com

Menurut kajian 4 daripada 10 wanita yang menghidap PCOS mengalami kenaikan berat badan.Situasi semakin parah pada mereka yang sedia ada obes.

Bagi sesetengah penghidap PCOS ,ada yang mengalami hanya salah satu sahaja daripada tanda-tanda diatas  dan setiap daripada mereka mungkin berbeza-beza gejala yang dihadapi.Misalnya, seseorang penghidap hanya mengalami gejala rambut gugur manakala yang lain pula mengalami gangguan menstruasi.
Jadi,adakah anda pasti anda mengalami tanda-tanda seperti diatas?Jika ya segera dapatkan khidmat nasihat dari pakar kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge